Aku melangkah lemah di dalam hujan
Berbekal karma yang disuap-suap
Kadang aku gelak ketawa
Ada juga bersedih hiba
Bila ku toleh semula, ke belakang
Tinggal jejak langkah ku yang berbekas
Jauh
Aku melangkah lemah di dalam hujan
Berbekal karma yang disuap-suap
Kadang aku gelak ketawa
Ada juga bersedih hiba
Bila ku toleh semula, ke belakang
Tinggal jejak langkah ku yang berbekas
Jauh
Untuk Yuna
Malam ku ditemani desiran angin
Setiap hela nafas mu aku nanti
Sudah tentu pengucapan mu yang panjang berjela itu tidak ku ambil kira juga hati
Kerana hela nafas mu masih aku nanti
Tiap detik
Aku menyuap karma
Bertali-arus cacian, bersulamkan makian
Agak pahit walaupun manis
Kata hatiku, menipu, sudah tentu
Malam yang agak panjang membuatkan aku gelisah
Aku berlari sepanjang bandar demi maruah
Aku memegang jiwa dan raga
Terus berlari tapi tiada peluh
Melintasi kedai
Melalui warung
Memintas kenderaan
Mengharungi ragam
Hati ku meracau-racau
Sunday Times atau Sanita?
Akhirnya persoalan tergantung dengan sinar mentari mencanak-canak panas
Selamat Datang,
Status Pautan Laman Media Tambah Semua Kategori
Kiriman Baru Tambah Komentar
Polls Bantuan Turbo
Lihat blog Ubah Kiriman
Pilihan Paparan Papan Pemuka
Log Keluar
Aku titipkan kata-kata pada si Katak
“Marilah kita melompat”
Banyak pertanyaan timbul bila orang mula tertanya-tanya
Soalan-soalan yang mungkin tidak berjawapan
Walaupun jawapannya ada tapi tidak langsung dapat difikirkan
Itu juga, sebagaimana aku
Tidak mempunyai jawapan kepada soalan aku sendiri
Mungkin ada jawapan
Yang mungkin hanya melintas
Dan aku tak berupaya memintas
Apakah Tuhan tahu apa kehendak ku?
Semestinya
Pembersihan segala dosa-dosa lepas kelihatan amat mungkin
Dengan pemergian gelas-gelas perasaan yang aku tinggalkan di atas meja dunia itu
Dengan sedikit kegembiraan memungkinkan pembersihan dosa itu berjalan dengan lancar
Sedang saja aku berjalan-jalan di atas rumput malar hijau
Aku nampak seekor binatang
Sama spesis seperti aku
Sama merangkak, sama menjeling
Binatang itu hampir serupa
Perasaannya seperti aku
Binatang, binatang
Aku juga Binatang!